Tuesday, June 16, 2009

Rahsia Habbatus Sauda'


Dari Abu Hurairah bahawa Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud:
" Tetaplah kamu dengan Habbatus Sauda' ini kerana sesungguhnya pada terdapat penawar segala penyakit kecuali as-sam (mati) ".
- Riwayat Bukhari dan Muslim

Di antara Keyakinan dan Amalan Manusia

Menyentuh tentang sistem perubatan tradisional Islam, tidak ramai orang Islam yang betul-betul yakin dan mengambil langkah-langkah bagi mengubati penyakit yang dihadapi secara praktikal seperti yang disarankan oleh Rasulullah S.A.W. Orang lebih cenderung untuk mencari jalan popular yang menggunakan perbelanjaan yang lebih besar berbanding alternatif yang telah dijanjikan oleh Rasulullah seperti dalam hadis di atas.

Sebagai pengikut Rasulullah S.A.W, kita sebagai Muslim sepatutnya mendahului amalan mengambil Habbatus Sauda' sebagai sandaran ikhtiar untuk mengubati segala penyakit yang kita hadapi. Tidak salah kita memilih bahan ubatan yang lain selagi kita tetap dengan amalan mengambil Habbatus Sauda' kerana ia dijamin oleh Rasulullah S.A.W sebagai penawar dan pencegah segala penyakit, kecuali mati. Inilah semestinya sikap seorang Muslim apabila berhadapan dengan masalah mencegah dan mengubati penyakit.

Sehubungan itu marilah kita sama-sama mengambil langkah yang dijamin oleh Rasulullah S.A.W ini dengan meletakkan Habbatus Sauda' sebagai pilihan utama selain daripada pilihan-pilihan yang lain. Moga-moga keyakinan kita terhadap jaminan Rasulullah S.A.W ini bahawa Habbatus Sauda' adaslah penawar dan pencegah segala penyakit akan membawa kepada kejayaan kita mengubati dan mencegah penyakit yang kita hadapi.

Yakinlah jaminan Rasulullah ini seperti mana keyakinan kita terhadap pesanan Rasulullah S.A.W bahawa kita tidak akan sesat selagi berpegang kepada Al-Qur'an dan As Sunnah.

2 comments:

  1. susah nak dapat habbatus sauda' ni. kdg2 kena tipu! camana tu?

    ReplyDelete
  2. boleh dapat habbatus sauda' tulen dari saya. harap tuan dapat hubungi saya.

    ReplyDelete