Thursday, August 20, 2009

Habbatus Sauda' cegah Influenza A H1N1

SHARJAH, Emiriyah Arab Bersatu (UAE) 13 Ogos - Jintan Hitam atau lebih dikenali sebagai habbatus sauda dalam bahasa Arab dipercayai dapat mencegah jangkitan selesema babi atau influenza A ( H1N1 ).

Menurut kajian yang disiarkan dalam sebuah majalah penyelidikan perubatan China, ia boleh digunakan dengan merendam herba tersebut dalam air suam dan airnya diminum pada waktu pagi.
Akhbar Al-Khaleej melaporkan, kajian tersebut telah menyebabkan penjualan jintan hitam meningkat sebanyak 50 peratus di beberapa negara Asia dan Arab Saudi serta Mesir.
Minuman tersebut turut di edarkan kepada mereka yang sedang menunaikan umrah di Mekah dan Madinah. - AGENSI