Friday, February 27, 2009

Penyakit Alaf Baru


FAKTA:
Di negara-negara maju seperti Amerika Syarikat dan United Kingdom, 1 daripada 3 orang mengalami risiko kanser. Di Malaysia, 1 daripada 3 orang Cina, 5 India dan & 7 Melayu menghadapi risiko kanser yang sama.

Analisis (tahun 2001) di Malaysia:
  • seorang diserang strok setiap 5 jam
  • lebih 2 000 orang menghidap masalah ginjal setiap tahun
  • 1.7 juta orang menghidap kencing manis
  • 950 000 orang mengalami masalah jantung dan kematian akibat penyakit jantung meningkat 100% setiap tahun.
Alam sekitar hari ini penuh dengan pelbagai punca penyakit. Penggunaan antibiotik yang berlebihan telah membina ketahanan bakteria dan virus. Bahan cemar, bahan yang menyebabkan alergi dan bahan tambah dalam makanan telah menjadikan sebahagian daripada bekalan makanan, air dan udara berbahaya kepada kehidupan harian kita.

Malah sel-sel kita juga menghasilkan entiti yang berbahaya, seperti radikal bebas yang mesti dihapuskan oleh sistem imun. Lebih-lebih lagi, kita sering membawa bahan-bahan asing ke dalam sistem badan kita termasuklah ubat, pil kontraseptif, asap rokok dan alkohol.

No comments:

Post a Comment